Saturday, October 5, 2013

 REIKI HIKMAH SUFI JARAK JAUH

"Ketahui Bagaimana Anda Mampu Mengubah Kehidupan dan Kesihatan Anda Ke Tahap Paling Maksima Dalam Masa 100 Hari Dengan Aura Penyembuhan Reiki Hikmah Sufi"


Adakah Anda sering mengalami kesakitan seperti:

  •   Sakit kepala / Migraine?
  •   Lenguh sendi otot?
  •   Kejang otot?
  •   Demam?
  •   Batuk?
  •   Selesema?
  •   Insomnia (Sukar tidur malam)?
  •   Gastrik?
  •   Stress?
  •   Sukar bangun pagi?
  •   Badan selalu letih?
  •   Tidak bersemangat?
  •   Gatal-gatal kulit?
  •   Tidak fokus?
  •   Kesihatan yang sering terganggu?


Jika jawapan Anda 'YA' di antara salah satunya, jangan biarkan ia terus melarat. Rawat diri Anda SEKARANG juga dengan Reiki Hikmah Sufi! Dengan sekali penyelarasan titik tenaga tubuh, Anda boleh menggunakan terus tenaga Reiki Hikmah Sufi ini bukan sahaja untuk merawat diri Anda bahkan sesiapa pun Anda boleh rawat tanpa sebarang kesan sampingan.

Anda akan saya ajar langkah demi langkah dalam melakukan rawatan menggunakan tenaga Reiki Hikmah Sufi ini.





Daripada : Master Syed Mansor Al-Idross

Assalaamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Saya Master Syed Mansor Al-idross suka untuk membantu anda dengan mudah, selamat dan cepat, menjadi seorang Master Reiki Hikmah Sufi yang hebat. Tahukah Anda bahawa Reiki Hikmah Sufi adalah salah satu seni penyembuhan yang amat mudah dan selamat untuk diamalkan? Reiki Hikmah Sufi membantu merawat di semua peringkat emosi dan minda yang selalunya membawa kepada pemulihan fizikal.

Sebaik sahaja anda diselaraskan dengan tenaga Reiki Hikmah Sufi, Anda boleh akses tenaga ini pada bila-bila masa dan di mana saja Anda berada. Tenaga Reiki Hikmah Sufi tidak akan kehabisan jika digunakan selalu. Anda juga tidak perlu risau dengan tenaga Reiki Hikmah Sufi kerana ianya terbukti tiada kesan sampingan dari sudut kesihatan.


KINI ANDA JUGA MAMPU BERGELAR MASTER REIKI DALAM TRADISI REIKI HIKMAH SUFI.

Reiki merupakan seni penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta bagi merawat dan menyeimbangkan sistem aliran tenaga tubuh dalaman manusia dengan cara sentuhan mahupun pancaran.

Belajar reiki amatlah mudah, tidak ada syarat khusus untuk mempelajarinya. Dan belajar reiki ini terbuka kepada semua agama, bangsa, lelaki, perempuan, kanak2 mahupun dewasa. Dengan diawali dengan niat yang jelas, tulus, santai, pasrah beserta dengan penghayatan, energi reiki mengalir mengikut ‘cara’nya sendiri.

Tidak perlu difikirkan cara energi reiki bekerja selepas itu, hanya pasrah. Ianya juga boleh disertakan dengan bacaan atau wirid2 tertentu dari ayat al-Quran. Secara tak langsung keilmuan ini dapat menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT, insyaAllah dan nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkatkan rasa kepercayaan pada diri sendiri.


Apa Itu Reiki Hikmah Sufi?

Reiki Hikmah Sufi adalah gabungan dari Hikmah Penyembuhan Ilahi dan Reiki Sufi di mana kedua2nya menggunakan simbol. Jadi Reiki Hikmah Sufi setelah digabungkan tidak lagi menggunakan sebarang simbol yang merumitkan…

Reiki Hikmah Sufi (RHS) ini ada 7 level + ‘Band Energi Unlimited’. Energi Reiki Hikmah Sufi tinggi dan kuat tetapi dingin dan nyaman. Jika sering mengalirkan energi Reiki Hikmah Sufi, dapat membuatkan chakra mahkota dan chakra jantung lebih membesar dan bersih hingga ke akar intinya. InsyaAllah.

Kelebihan pada Reiki Hikmah Sufi adalah dapat mengakses sendiri ‘band energi’ iaitu tahap advance utk meningkatkan lagi getaran energi Reiki Hikmah Sufi sehingga puas kerana ianya unlimited/tak terbatas… Boleh diakses selepas tamat attunement Level 7.

Reiki Hikmah Sufi ini lebih kepada ‘kejiwaan’ kerana chakra jantung adalah kekuatan bagi pengamalnya manakala chakra mahkota menjadi semakin besar dan bersih.


Hargai kesihatan Anda sebelum terlambat. Kini kos perubatan terlalu tinggi.


Apa kata mereka yang telah mempelajari Reiki Hikmah Sufi?



Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Saya Zakaria bin Mohamad, dari Terengganu adalah salah seorang peserta Reiki Hikmah Sufi secara online, yang dikendalikan oleh Master Syed Mansor Al-idross. Telah mempelajarinya sejak tahun 2008.

Di Malaysia, terdapat banyak aliran Reiki. Malah saya sendiri pernah belajar dan mendapat latihan Reiki dari Grand Master lain sebelum itu.  Namun, yang membezakan dan membanggakan saya ialah kesungguhan Master Syed Mansor dalam membantu dan membimbing anak didik beliau.  Beliau tidak membiarkan saya dan para peserta lain keseorangan tanpa hala tuju. Malah beliau memberikan bimbingan dan nasihat di sepanjang masa tanpa jemu.  Walaupun dikenakan sedikit bayaran, saya merasakan ianya sangat murah dan amat berbaloi atas segala usaha dan bimbingan yang diberikan..

Sesungguhnya Reiki adalah suatu ilmu yang menggunakan tenaga Alam yang diciptakan Allah. Ia sangat asing bagi sesetengah orang Melayu Islam. Namun kemampuan Master Syed Mansor dapat mengemukakan ilmu Reiki Hikmah Sufi dalam bentuk yang mudah serta senang di fahami oleh orang biasa. Melalui ilmu Reiki Hikmah Sufi , saya dapat memperluaskan skop kefahaman saya terhadap hakikat diri sendiri, Tenaga Alam, Kekuatan Niat dan Pergantungan kita kepada kekuasaan Allah swt. 

Ia juga banyak membantu saya dalam urusan perniagaan dan kehidupan saya. Alhamdulillah.

Hari ini, Alhamdulillah Reiki Hikmah sufi semakin berkembang dan terus berkembang. Saya menyeru kepada sesiapa yang ingin belajar ilmu reiki agar tidak teragak-agak untuk mendaftarkan diri dengan Kursus Reiki Hikmah Sufi di bawah bimbingan Master Syed Mansor.


Master Haji Zakaria Bin Mohamad
www.sufikayaraya.com



Assalaamu'alaikum wbt...

Saya Hanafati binti Hanafi berasal dari Terengganu, ingin berkongsi pengalaman dan keistimewaan belajar Reiki. Lebih kurang 7 tahun lepas saya mula kenal reiki. Saya belajar secara jarak jauh sahaja. Waktu itu belum lagi ada internet. Facebook pun tak ada. Saya cuma berpandukan buku yang diberi sahaja dan tidak memahami betul- betul apa itu Reiki. Saya pakai agak agak saja. Lama kelamaan saya bosan dan tinggalkan amalan Reiki.

Sekarang zaman dah semakin canggih, semua orang celik IT. Saya pun dah ada internet dan dah ada Fb. Saya mula berminat untuk belajar reiki semula. Search kat google jumpa lah dengan tuan Syed Mansor Al Idross. Master lain pun ramai tapi hati ni berminat nak belajar dengan tuan Syed juga. Saya belajar Reiki dengan tuan Syed Mansor Al-idross awal tahun 2012. Bulan pertama saya belajar dah banyak perubahan dalam diri saya.

Dari sudut kesihatan, saya mengidap darah tinggi. Kepala selalu pening dan sakit. Malam pula susah nak tidur, selalu berjaga sehinggakan badan terasa letih dan selalu stress. Tapi setelah saya mengamalkan reiki, Alhamdulillah sakit kepala cepat hilang dan tekanan darah saya kembali normal. Tidur pun tiada bermasalah lagi dan mudah saja lena. Pinggang yang sakit sambil tidur menyusukan anak, tidak terasa sakit lagi apabila setiap pagi saya bangun saya amalkan meditasi dan self healing. Alhamdulillah sekarang badan sentiasa sihat dan hati pun senang.

Dari sudut kehidupan, syukur kepada Allah reiki banyak membantu. Hubungan keluarga yang renggang semakin erat, mudah disenangi oleh keluarga dan rakan-rakan. Yang paling istimewa sekali saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana dengan asbab ilmu reiki yang saya amalkan, saya dapat bertemu kembali dengan anak saya yang bertahun-tahun lamanya terpisah. Semuanya dengan izin Allah swt. Saya juga bersyukur dengan asbab reiki saya lebih mendekatkan diri dengan Allah swt, rajin solat dan berzikir. Sambil meditasi dapat berzikir, sambil merawat pun dapat berzikir. Alhamdulillah.

Dari sudut emosi saya dapat kawal dengan mudah sekarang. Bila rasa marah, tertekan, sedih dan sebagainya emosi lebih stabil dan rasa amat tenang. Dari sudut ekonomi pula sungguh membantu saya. Rezeki tak putus-putus datang. Saya sebagai tukang jahit tempahan yang diterima adalah di luar jangkaan. Saya juga menjual pakaian dan beg hasil jahitan saya. Hasilnya sungguh membanggakan!

Kalau diikutkan terlalu banyak untuk saya ceritakan. Cukuplah serba ringkas testimoni dari saya ini. Pendapat dan nasihat saya kepada sesiapa yang ingin belajar reiki sesungguhnya andalah orang yang bertuah kerana dengan asbab reiki, ia banyak membantu dalam kehidupan seharian dan dapat menunaikan impian anda apa yang anda idam-idamkan dengan izin Allah swt. Yang hebatnya anda dapat merawat diri sendiri dan keluarga anda. 

Walaupun belajar reiki secara jarak jauh saya selalu mendapat bimbingan dari guru saya Tuan Syed Mansor Al Idross. Sehingga sekarang guru saya memang tak jemu-jemu berkongsi ilmunya melalui group di Fb dan whatsapp. Beliau masih lagi memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga sekarang. Terima kasih Ya Allah kerana temukan saya dengan reiki melalui tuan Syed Mansor Al idross.

Kini saya cuba untuk membantu sesiapa saja yang ingin dapatkan rawatan melalui Terapi Reiki di sekitar Terengganu.




Assalam, pertama kali saya saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi peluang untuk menulis tentang pengalaman saya mempelajari Reiki Hikmah Sufi ini. Buat pertama kalinya saya mengenali Reiki Hikmah Sufi pada tahun 2012 melalui internet. Saya hanya meninggalkan pesanan di kotak pertanyaan berkenaan Reiki Hikmah Sufi dan saya terus dihubungi oleh Master Syed lalu diterangkan kepada saya apa itu Reiki Hikmah Sufi. Oleh sebab itu saya ingin mengenali Reiki Hikmah Sufi dengan lebih lanjut.

Walaupun saya belajar Reiki Hikmah Sufi melalui jarak jauh, ia tidak menjadi masalah kerana  Master syed mudah untuk dihubungi. Beliau akan memberi penerangan keseluruhan sehingga saya faham. Saya rasa selesa bertanya apa saja berkenaan Reiki Hikmah Sufi dan pastinya akan diberikan jawapan pada setiap persoalan.

Alhamdulillah, setelah belajar Reiki Hikmah Sufi ini banyak perubahan dalam kehidupan saya telah berlaku di antaranya :

1.Sudut Kesihatan - saya dapat merawat diri saya dan keluarga saya melalui kaedah reiki. Alhamdulilah dengan izin-Nya, saya dapat mengurangkan kesakitan dan meredakan sakit-sakit biasa tanpa perlu makan ubat cthnya sakit kepala. 

2.Sudut perubahan sosial - Saya lebih peramah dan mesra dengan orang lain berbanding dulunya saya agak pendiam. Saya rasa lebih berkeyakinan. Kawan-kawan pun mudah mendekati saya.

3.Sudut kehidupan - Saya lebih banyak mahu mendekati diri kepada Allah s.w.t, kerana keinginan untuk menjadi lebih baik dan mencari kebaikan semakin kuat. Inilah perubahan yang paling besar dalam kehidupan saya.

4.Sudut Emosi - saya menjadi seorang yang lebih bersabar dan berlapang dada. Dulu saya seorang pemarah dan pendendam.

5 Sudut Kewangan - Alhamdulillah saya kini semakin rajin dan bersemangat untuk mencari peluang-peluang perniagaan dan berusaha dengan lebih kuat untuk membantu memperbaiki ekonomi keluarga.

Alhamdulillah syukur kerana saya dapat berguru dengan Master Syed, seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah putus asa mencurahkan ilmu melalui komunikasi telefon, facebook dan whatsapp. Di samping itu juga saya dapat berkenalan dengan senior2 Reiki Hikmah Sufi dan pelajar baru berkongsi pengalaman tentang Reiki. Saya juga dapat belajar banyak perkara baru. Memang seronok kerana kaedahnya mudah difahami. Walau bagaimanapun amalan harian seperti zikir dan solat tetap saya utamakan.

Sekian, terima kasih.


APAKAH KELEBIHAN REIKI HIKMAH SUFI?

Dengan izin Allah:
  • Merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada fizikal-minda-emosi. 
  • Mempercepat kesembuhan luka dan penyakit.
  • Menyekat perkembangan penyakit.
  • Membersih, mengaktifkan dan mengembangkan chakra (pusat tenaga tubuh).
  • Memperkuatkan sistem pertahanan badan.
  • Merangsang tidur yang sempurna dan berkualiti.
  • Membersihkan makanan dan minuman dari energi negatif.
  • Meningkatkan khasiat pada pil, vitamin, ubat-ubatan dan mengurangi kesan sampingannya. 
  • Dapat mengakses sendiri ‘band energi’ iaitu tahap advance utk meningkatkan lagi getaran energi Reiki Hikmah Sufi dan ianya unlimited.
  • Dapat melakukan rawatan jarak dekat dan juga jarak jauh.
  • Menghilangkan bisa-bisa badan dan sengal-sengal otot.
  • Awet muda. Sel tubuh yang sering dialiri energi Reiki Hikmah Sufi akan lebih sihat dan bertenaga serta memiliki daya tarikan (magnetik). 
  • Menyelaras dan memulihkan setiap organ dan sistem tubuh manusia, dari darah hingga ke sel-sel.



PERUBAHAN SELEPAS 21 HARI MELAKUKAN 'SELF HEALING'


LAGI TESTIMONI PENGAMAL REIKI HIKMAH SUFI


Assalaamu'alaikum

Saya Ismail Ab Rahman, selama ini telah berlajar Reiki sehingga kini telah menjangkaui 5 tahun.
Pengalaman saya bersama Reiki ini bermula daripada kawan saya. Beliau telah memperkenalkan saya kepada blog Reiki Hikmah Sufi (RHS). Sebelum itu saya selalu didedahkan berkenaan kejayaan mesti berlandaskan kepada IQ,EQ dan SQ.

Pengenalan saya bersama RHS amat dinantikan. Tuan Syed sendiri selaku peneraju Reiki Hikmah Sufi di Malaysia ini banyak membantu dan memberi informasi-informasi berkenaan pembelajaran ini. Apa yang kita boleh kenali sebagai personal coach. Pengenalan ini telah merubah persepsi saya terhadap kehidupan.

Perubahan dari sudut kesihatan:
1. Tahap kesihatan telah meningkat. Kesakitan2 kecil mampu diubati melalui reiki
2. Dapat membantu keluarga di waktu kecemasan. Sakit pening di tengah malam contohnya.

Perubahan dari sudut kehidupan:
1. Telah melalui kehidupan yang lebih stabil, tenang  dan lebih berjaya. Lebih disenangi di kalangan kawan dan sebagainya
2. Di sudut kerjaya, juga telah menunjukkan peningkatan.

Perubahan dari sudut emosi:
1. Di sudut emosi, Reiki membantu membawa emosi yang lebih stabil. Sebelum ini saya lebih dikenali dengan panas baran dan cepat marah. Sekarang pengawalan terhadap kemarahan menjadi lebih baik.

Perubahan dari sudut ekonomi:
1. Oleh kerana saya adalah seorang yang makan gaji. Peningkatan di dalam kerjaya telah meningkatkan ekonomi secara tidak langsung.

Kursus Reiki Hikmah Sufi jarak jauh ini sememangnya memenuhi kehendak saya yang sentiasa sibuk dengan kerja harian. Kursus RHS jarak jauh tidak memerlukan kehadiran kita dan ianya dapat dilakukan dengan jarak jauh. Support berterusan melalui facebook dari master syed banyak membantu dalam mengamalkan ilmu reiki. Inilah yang amat menarik.

Pemahaman terhadap Reiki ini  telah merubah hidup saya secara total. Dengan Reiki kita dilatih memperbetulkan asas-asas kehidupan. Saya bukanlah seorang 'alim hanyalah orang-orang biasa. Di samping penyerahan diri secara total kepada Allah, akan membawa sesuatu kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah


Master Ismail Ab Rahman
https://www.facebook.com/ismail.abrahman.79



Semasa proses attunement saya tidak berasa apa pun kecuali sedikit getaran dari bahagian pinggang hingga kepala. Setelah berlatih selama beberapa minggu (self healing), alhamdulillah, saya dapat merasakan getaran seperti air atau arus elektrik mengalir dari hujung kaki hingga bahagian kepala.
Ketika bermeditasi saya berada seperti di angkasa, nyaman, segar malah pada ketika itu keadaannya seperti saya dan diri sahaja. Selepas meditasi badan saya seolah2 ringan dan fikiran jadi tenang. Setiap hela nafas bagaikan bermakna, bangun pagi pun penuh bertenaga.

Apabila hendah melakukan rawatan kepada kawan2, secara auto tenaga/aura berkumpul pada tangan dan tapak tangan berasa sedikit panas semasa proses penyaluran tenaga berlaku. Berbagai reaksi pesakit dapat dilihat bergantung pada tahap kesihatan pesakit. Secara tak langsung juga kehidupan saya bertambah baik, boleh dikatakan semuanya berjalan dengan mudah, banyak perubahan positif berlaku kepada fizikal dan emosi saya, rezeki pun senang masuk.

Kini saya melanjutkan proses pembelajaran ilmu energi ini dengan mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi, amat berbeza sekali dengan reiki kundalini, energinya sangat halus dan lembut tetapi hasilnye sangat memuaskan.

Tidak dinafikan, bahawa energi reiki ini banyak membantu terutama dalam proses penyembuhan. Alhamdulillah, saya sekarang sukar untuk jatuh sakit, jika sakit pun dengan izin Allah saya cepat sembuh asbab dari mengamalkan self healing. Displin reiki juga banyak saya untuk bersabar, pasrah, bertenang dan yang paling penting membaiki hubungan saya dengan Pencipta. Konsep ini saya terapkan dalam solat sebagai salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

Walaupun saya mengambil kursus ini secara jarak jauh, tetapi kesan dan hasilnya adalah sama seperti belajar secara berhadapan. Perkongsian ilmu, tunjuk ajar serta nasihat secara berterusan juga adalah sangat memuaskan. Maklumlah malu bertanya sesat jalan. Sahabat2 dari aliran yang sama juga banyak memberi inspirasi, petua serta dorongan untuk terus saya amalkan displin ilmu ini.

Bersyukur saya kepada Allah kerana dipertemukan dengan guru master syed untuk belajar serta amalkan ilmu ini... Apa pun, yang baik semua dari Allah, segala kekurangan dan kelemahan dari saya sendiri.

Master Nourhafiszuddin Ibrahim



Sebelum reiki, saya seorang yg pemarah. Sejak berguru dengan master Syed Mansor, kalau nak tulis amatlah panjang... nak dipendekkan cerita boleh dikatakan banyak berkurang sifat marah dan juga sifat2 negatif dan yg paling penting, segala 'ilmu kotor' yg dipelajari dulu beransur2 'bersih'. Hehe.

Pengalaman saya belajar Kursus Reiki Hikmah Sufi secara jarak jauh dengan master Syed Mansor bilamana bermulanya attunement bulan june 2011...berasa satu aura yg hangat dan seolah2 seperti master Syed berada berhampiran dengan saya. Rasa denyutan di ubun2 serta rasa berdenyut dan hangat di telapak tangan serta sendi2 jari dan juga mana2 bahagian badan yang sakit sebelum ini, habis semuanya berdenyut.

Semasa proses attunement jarak jauh itu, badan terasa terawang-awangan dan ringan serta di bayangi aura berwarna putih dan biru. Selepas habis attunement jarak jauh tu, saya buang air kecil dan besar jadi lawas seolah2 buang segala kotoran. Badan terasa lebih sihat dan segar, fikiran lebih fokus dan pernafasan lebih lancar. Selepas itu, saya amalkan pula kaedah self healing (full body) dari hujung rambut hingga hujung kaki dan terapi air reiki dengan menggunakan kaedah reiki hikmah sufi ini. Saya juga diajar menggunakan teknik cleansing, energizing dan protection. Kalau nak tahu caranya, sertailah KURSUS REIKI HIKMAH SUFI...bestttt....

Keadaan kesihatan saya juga bertambah baik. Kerjaya saya sebagai pemandu, memang memenatkan, dengan keadaan saya yg tidur 3 jam sehari, bila bermeditasi saya rasa seolah2 seperti puas tidur.

Alhamdulillah, dgn keizinan Allah... Reiki sbg perantaranya... saya juga secara sambilan dapat merawat keluarga, saudara mara, rakan2 bahkan orang yang baru saya kenal walau seminit. Saya juga dapat mempraktikkan ilmu Reiki ini secara kreatif, fikirkan apa saja dengan aplikasi Reiki ini, in shaa Allah MENJADI.”



Master Zek Aman








APA YANG ANDA AKAN PELAJARI DALAM KURSUS REIKI HIKMAH SUFI INI?

  • Asas Melakukan Meditasi (Umum) 
  • Meditasi Meningkatkan Tenaga RHS Unlimited
  • Self Healing (Penyembuhan Diri Sendiri)
  • Teknik Mengalirkan Tenaga RHS (Jarak Dekat)
  • Teknik Mengalirkan Tenaga RHS (Jarak Jauh)
  • Rawatan Menyeluruh Ke Atas Pesakit
  • Penyembuhan Spesifik
  • Teknik Laser
  • Reiki Terhadap Haiwan Dan Tumbuhan 
  • Terapi Air Reiki
  • Menguji Energi Reiki
  • Senam Pernafasan
  • Password Reiki
  • Rahsia Reiki Hikmah Sufi - Teknik Advance
  • 'MASTER KEY' RHS (1001 kegunaan)




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, saya antara yang terpanggil untuk menghadiri program Reiki jarak jauh dari tuan Syed Mansor. Aura positif mula dirasai serta merta menggunakan teknik yang diajar. Tahap kesihatan bertambah baik sejak mempraktikkan dalam kehidupan seharian dengan ilmu yang diajarkan. Bila kita positif banyak benda yang positif datang kepada kita, in shaa Allah.

Sejak saya mengamalkan ilmu Reiki, saya merasa lebih fokus dengan apa yang saya lakukan, sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan segala tindakan. Tahap kesihatan yang lebih baik dan cepat sembuh jika mengalami sebarang masalah kesihatan. Hubungan kekeluargaan dan masyarakat sekeliling lebih rapat. Antara pengalaman yang terbaik bagi saya ialah dapat membantu keluarga dan rakan terdekat menangani masalah kesihatan mereka. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat meredakan dan menghilangkan sakit pinggang isteri saya dengan tenaga reiki. Saya juga dapat membantu mengurangkan ekzema, lelah, batuk & selesema bagi anak kepada rakan saya yang berumur 2 tahun. 

Saya juga menggunakan ilmu Reiki untuk perniagaan saya. Saya alirkan tenaga Reiki pada sekeping 1 Dinar wang emas dan jadikan sebagai asbab penarik rezeki. Alhamdulillah dengan izin Allah, rezeki datang dari banyak arah yang saya tak pernah terima dan sangka sebelum ini. Walaupun proses pembelajaran dilakukan secara jarak jauh @ online sahaja, service dan support yang berterusan dari  tuan Syed Mansor memang sangat membantu. Update dari tuan Syed dan master-master seperjuangan sepanjang masa dalam group facebook & whatsapp sentiasa memberikan panduan dan galakan. Alhamdulillah.


Master Amli Mohd Daod
(Public Gold Authorized Master Dealer)
www.facebook.com/Sarjanaemas
www.theterracehomestay.com






EBOOK DAN NOTA LAW OF ATTRACTION

Pernahkah anda menyaksikan sesuatu yang anda inginkan tiba-tiba saja hadir begitu saja di depan mata anda? Atau, ketika anda memikirkan seseorang, tiba-tiba saja anda menjumpainya di persimpangan jalan? Mungkin pula faktor nasib atau keberuntungan mempertemukan anda dengan seorang klien atau jodoh anda. Semua pengalaman itu membuktikan pengaruh nyata dari hukum tarikan di dalam kehidupan anda. 

Dengan membaca ebook ini anda akan mengerti bagaimana ia boleh terjadi. Dan yang lebih penting, anda juga akan menemukan cara untuk menerapkan hukum tarikan itu secara sedar. Segala sesuatu yang ingin anda lakukan, ketahui, miliki akan dapat anda hadirkan dalam hidup anda dengan izinNYA. Teknik yang digunakan dalam ebook ini agak berbeza dari ebook lainnya kerana ia mengunakan teknik NLP sehingga kata-katanya lebih mudah diterima oleh fikiran dan perasaan kita.


EBOOK FENOMENA MINDA LUAR BIASA
Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling berharga menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk. Kebiasaannya kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita mengira, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar (conscious mind). Namun terdapat bahagian minda yang sangat penting tetapi tidak disedari dan tidak digunakan oleh manusia sendiri yang dikenali dengan minda bawah sedar atau Inggerisnya ‘subconscious mind’.

Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan. Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukannya.


EBOOK KOLEKSI ARTIKEL BLOG NUR-REIKI
Kesemua artikel blog reiki yang dilindungi dengan kata kunci dapat anda baca dalam satu Ebook. Istimewa untuk pelajar nur-reiki.blogspot.com sahaja.


KLIK UNTUK MENDAFTAR KURSUS


Bimbingan Secara Online Diberikan









"Asalamualaikum..master syed

Moga hari ini dilimpahi rahmat dan kesejahteraan dari Allah....

rasanya dah seminggu saya tidak berkongsi apa-apa dengan master syed sejak full attunment jumaat lepas..sekarang saya sihat saja berkat kurnia dari allah dan amalan serta latihan RHS yang saya perolehi dari tunjuk ajar master syed.

Syukur saya ucapkan sekali lagi kerana rasanya sejak kebelakangan ini banyak perubahan positif yang berlaku dalam hidup saya samada saya sedari mahupun tidak. Apa yang mengejutkan saya ialah saya tidak pernah rasa berat untuk solat kalau dibandingkan dengan sebelum ini fikiran dipenuhi dengan pelbagai masalah -masalah yang kecil mahupun besar samada ditempat kerja mahupun di rumah hingga  membuatkan saya tidak khusyu dan terganggu...

syukur alhamdulillah sekarang fikiran seolah-olah kebal dengan masalah-masalah seperti itu. Saya rasa lebih tenang dan damai. tapi kadang-kadang rindu juga mau memikir pasal masalah ni..maklumlah dah jadi asam garam kan sebelum ni...

Bercerita tentang reiki ni saya ada juga pengalaman membantu anak-anak buah yang  sakit di rumah. Yang pertama tu saya mengalirkan reiki kepada anak adik saya ( anak buah umur 1 tahun lebih ) yang menghidap demam panas, kebetulan mereka bercadang nak ke klinik sebelah petangnya , tapi selepas saya mengalirkan reiki selama 5 - 7 minit sambil mendukung bayi tersebut semuanya rancangan untuk ke klinik cancel sb panas badan terus hilang secara perlahan-lahan lebih kurang 15 minit dah ok sepenuhnya.

Saya masih ingat semasa saya membaca afirmasi saya boleh rasakan seluruh badan saya bergetar halus... dan kuat dibahagian tapak tangan saya..dan saya dapat rasakan kaki bayi ( anak buah ) yang saya dukung tu perlahan-perlahan menjadi sejuk dan naik ke atas sampai ke kepala. Syukur sampai sekarang dia masih sihat walafiat.

pengalaman saya yang kedua pula..macam ni.

Saya selalu mencari idea dimana saya boleh alirkan tenaga RHS ni selain dari isteri dan anak-anak saya..bagi meningkat dan menambahkan keyakinan .

Satu petang tu... waktu balik kerja saya nampak tangan anak kakak saya berbalut mcm orang patah tangan..saya pun tanya kenapa jd mcm tu ? dia pun bagi tahu yang dia terseliuh semasa main bola maklumlah goal keeper. saya pun offer la nak alirkan reiki kat tangan dia tu dan dia setuju.

Saya pun mulalah alirkan reiki di tempat yang cedera tu tapi secara sentuhan ja dan relax..bukannya apa kat rumah saya tu ramai adik beradik yang menumpang takut terkejut pula tiba-tiba ada bomoh rock kat rumah hehe..jangan marah ya master syed gurau ja. Sambung cerita seperti biasa memang ada getaran tenaga kat tapak tangan tapi sakitnya maintain..

esoknya saya buat reiki sekali lagi dan kali ini ada nampak positif sebab tangan terseliuh tu tidak menampakkan tanda-tanda bengkak dan sakitnya beransur hilang. untuk hari ketiganya saya offer lagi untuk buat reiki dan anak buah saya menjawab " tak payah la cik baik suda " bila saya tengok dan gerak-gerakan memang sakitnya dah hilang..

alhamdulillah masa tu ibu ayah dia pun senang hati."


UPDATE TESTIMONI:
Salam kesejahteraan dan kedamaian buat master syed dan keluarga..
moga dilimpahi rahmat, keselamatan dan rezeki yang melimpah dari Yang Maha Esa.

Untuk makluman master syed, reiki sentiasa saya amalkan dalam kehidupan harian samaada untuk keselamatan, kesihatan dan ekonomi. Dalam saya mempraktikan reiki saya juga sering mencari dan mengkaji logik-logik sesuatu perkara yang terjadi hasil dari praktik-praktik reiki yang saya amalkan dalam kehidupan harian dari sudut sains bagi meningkatkan keyakinan dan keimanan kepada Allah, maklumlah saya orang sains memang selalu 'gatal hati' nak tau sesuatu logik akal dari pelbagai sudut. Yang penting jangan lari dari syariat Islam. Kebiasaannya Alhamdulillah sekiranya niat kita ikhlas untuk mengimani kebesaran Allah kita akan diberi ilham olehNya sesuai dengan hukum alam yang Dia ciptakan. Dipendekkan cerita setiap sesuatu yang ingin kita ketahui dan kaji lebih mendalam semuanya memberi jawapan tentang kemurahan dan kebesaranNya yang hanya perlu diimani.

Disini ada sedikit testimoni ingin saya kongsikan bersama master syed tentang pelajaran reiki secara jarak jauh yang saya perolehi dari master syed sendiri. Dari pengamatan saya mempelajari reiki secara jarak jauh tidak ada bezanya dengan jarak dekat, apa-apa tenaga yang master syed kirim kepada saya akan dapat saya rasai sensasinya kurang dari 5 minit seperti getaran, haba dan arus elektrik halus. Kekuatan dan jenis getaran yang saya rasai bergantung dengan sejauh mana santai dan tenangnya saya pada masa tersebut, mungkin ketenangan mempengaruhi sensitiviti atau kepekaan sesorang terhadap tenaga. Reiki yang saya perolehi secara jarak jauh juga sangat berjaya dan kekal meskipun saya kurang membuat selfhealing dan meditasi. Untuk makluman master syed saya pernah tidak melakukan selfhealing dan meditasi lebih setahun kerana ingin mengetahui sejauh mana reiki akan hilang apabila tidak dipraktikan namun selepas setahun sensasi yang saya rasai sewaktu mengalirkan reiki tetap sama dan tidak berkurang, inilah kelebihan yang ada dalam ilmu reiki yang memerlukan sekali sahaja penyelarasan tenaga, tetapi boleh digunakan sampai bila-bila.

Satu lagi perkongsian yang ingin sangat saya kongsikan kepada master syed mengenai amalan reiki dalam memperbaiki ekonomi diri dan keluarga.  Subhanallah... sesungguhnya Allah telah banyak memberi petunjuk dan jalan untuk mempermudahkan urusan kita di dunia, bagi memberi laluan kepada kita untuk sampai kepadaNya, hanya kita yang tidak mengetahuinya. Salah satu kemurahanNya kepada kita adalah melalui asbab reiki. Saya selalu menggabungkan reiki dengan  amalan-amalan seperti zikir dan selainnya samaada yang wajib mahupun sunat. Ini bagi membantu saya  dalam memastikan amalan reiki konsisten seiring dengan amalan-amalan wajib yang lain.

Dipendekan cerita pada awal tahun ini (Januari  2013) saya membuka sebuah gerai pisang goreng di sebuah pusat perniagaan di sekitar tidak jauh dari Kota Kinabalu Sabah. Maklumlah kerja kerajaan ni nak harap gaji tak cukup jadi saya perlu cari kerja lebihlah untuk dapat duit lebih.  Sebagai langkah permulaan gerai pisang sesuailah untuk saya lagipun kerjanya kurang dan sesuai dengan masa saya, saya balik kerja jam 4.30 pm jadi banyaklah masa untuk berniaga lagi . Dalam berusaha saya sertakan dengan ikhtiar dan tawakal salah satu  ikhtiar saya ialah mengalirkan reiki (rujuk manual reiki) dan memohon kepada Allah agar diberi kejayaan dalam perniagaan ini sebagai bekalan ibadat. Alhamdulillah selepas sebulan beroperasi sambutan amat memberangsangkan, penggunaan pisang sehari meningkat dari 30 kg kepada 40 kg penggunaan sehari dan sekarang mencecah 70 ke 80 kg sehari. Alhamdulillah lepaslah duit minyak dan belanja makan + simpan-simpan sikit. 

Selang empat bulan beroperasi saya sudah mampu melangkah setapak kehadapan dengan membuka sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari tapak gerai pisang dan saya usahakan bersama keluarga. Alhamdulillah... Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Berkat amalan reiki dan niat untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan para pekerja yang turut berjuang bersama, sambutannya juga amat mengalakan ramai pengunjung yang datang memberi galakan dan perangsang tidak kurang juga yang meminta menyediakan perkhidmatan katering. Keyakinan saya terhadap amalan reiki dengan izin Allah semakin mantap dan sekali lagi saya diberi peluang oleh yang Maha Kuasa untuk mengembangkan sayap perniagaan ketempat lain iaitu di Depoh Petronas Dagangan Berhad. Di sana seorang hamba Allah telah menawarkan perkhidmatan kepada kami untuk mengoperasi cafe mereka di sana selepas berkunjung dan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di cafe kami. Syukur yang tidak terungkap saya cuba nyatakan disini dan saya berjanji dengan diri saya untuk menumpuhkan perhatian sebaik mungkin kepada amanah ini demi agama dan keluarga. 

Sehingga kini banyak peluang-peluang perniagaan hadir dalam hidup saya di antaranya tawaran untuk mengendalikan perkhidmatan cafe di Universiti Malaysia Sabah, di pusat membeli-belah Alam Mesra dan beberapa lagi tempat yang tidak mampu saya layan disebabkan kakitangan dan kebolehan mengurus yang terhad. Semoga saya dihindari dari rasa tamak, takbur dan haloba. Saya memohon kehadrat Allah agar diberi kesihatan dan kudrat dalam melaksanakan ibadat kepadanya. Ya, master syed begitulah perkongsian saya untuk kali ini diharap saya ada kesempatan untuk berkongsi lagi.

Sekian.


KURSUS REIKI HIKMAH SUFI MALAYSIA - RM560
KLIK UNTUK MENDAFTAR KURSUS